Sejarah MAE

Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara dibina pada tahun 2001 dan telah siap dibina pada tahun 2003. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2007. Kos peruntukan untuk membina masjid ini berjumlah sebanyak RM4,000,000 oleh pihak pemaju I&P Group Sdn. Bhd atau Perumahan Kinrara Berhad.

Masjid ini mula beroperasi pada pertengahan 2003. Pada tahun 2007 ke 2008, masjid ini membuat sedikit pembesaran. Jumlah kariah dianggarkan 5000 ahli. Sebanyak 5 buah surau dibawah pimpinan masjid ini iaitu Surau 'Ukasyah, Surau Hidayah, Surau Al-Falaq, Surau Al-Firdaus dan juga Surau Al-Ikhlas

Visi & Misi

Visi Masjid

Menjadikan Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara sebagai pengurusan pentadbiran masjid yang terbaik, profesional, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T."


Misi Masjid

"Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan kaedah serta pendekatan ke arah melahirkan masyarakat Islam setempat yang lebih komited terhadap masjid melalui pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat"


Objektif Masjid

-> Merancang dan melaksanakan daya usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan MAE sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre).
-> Menyediakan dan menentukan penanda aras untuk perkhidmatan, kemudahan, peralatan asas kepada ahli kariah bersesuaian dengan fungsi masjid.
-> Melahirkan ahli kariah yang berilmu, beriman, beramal, bersatu-padu, tolong menolong dan tinggi semangat kejiranan.
-> Berusaha ke arah menjadikan MAE sebagai zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah, di rahmati dan tempat ketenangan jiwa.

Lajnah-Lajnah

Lajnah
Ketua
Fungsi
Lajnah Tarbiyah & Dakwah Hj Abdul Halim Hj Abdul Rahman

Mengajak manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t dengan mencari dan mengisi ilmu pengetahuan untuk mengabdikan serta beramal.

Lajnah Pendidikan Hj Ahmad Hafadz Bajuri

Mendekatkan semua Muslimin dan Muslimat ke arah penerapan Pendidikan Agama Islam yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Lajnah Penerangan & Kebudayaan Ahmad Soyuti Hj Sabran

Menerbitkan bahan bercetak seperti Buletin Masjid, flyers, posters, banners dan lain-lain risalah yang berkaitan.

Lajnah Pengurusan Harta & Pembangunan Haron Ali

Bertanggungjawab dalam menguruskan kesemua asset-aset MAE di samping merancang pembangunan perasana fizikal.

Lajnah Kebajikan & Hubungan Kaum Mohamad Yusuf Wahid

Menjaga kebajikan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya, saudara baru.

Lajnah Pengurusan Jenazah Perwira Osman

Mengurus keperluan ahli kariah dan masyarakat Islam setempat dalam mengendalikan jenazah.

Lajnah Keselamatan & Amal Makruf Nahi Mungkar Syahirul Niza Daud

Bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan terutamanya harta dan kemudahan di dalam masjid dan persekitaran MAE.

Lajnah Ekonomi & Usahawan Sultanul Arif Abdul Muthalif

Menjana kewangan anak-anak kariah dengan meng-adakan bimbingan khusus untuk menjadi usahawan yang mampu bersaing dalam bidang perniagaan.

Lajnah Hal Ehwal Muslimat Hjh Sakinah Hj Hussin

Memberi tumpuan dalam pengajian ilmu dan juga pendidikan anak-anak serta ceramah-ceramah yang berkaitan kesihatan wanita.

Lajnah Hal Ehwal Pemuda Ahamd Hizam Hashim

Menarik para anak kariah remaja berumur lingkungan 7 hingga 21 tahun menyertai program-program remaja anjuran MAE.